Peristiwa opera Masianello Revolusi Belgium

Charles Rogier mengetuai 250 pemberontak dari Liège ke Brussel

Pada 25 Ogos 1830, di Théâtre Royal de la Monnaie, Brussels, suatu opera berpatriotik menceritakan kisah Masaniello menentang pemerintahan Sepanyol di Napoli pada abad ke-17 sedang berlangsung. Selepas persembahan duet dari persembahan tersebut berakhir, ramai penonton meninggalkan teater dan menyertai pemberontak di mana ia telah bermula.[9] Orang ramai mula berkumpul dan melaungkan slogan patriotik. Pemberontak dengan pantas mengambil alih bangunan kerajaan.

Willem I menghantar dua anakandanya, Putera Mahkota Willem dan Putera Frederik untuk menamatkan revolusi berikutan permintaan daripada penghuni kota Brussel supaya datang ke bandar itu dengan keseorangan dengan tanpa tentera untuk satu pertemuan.[10] Putera Mahkota Willem percaya bahawa jalan penyelesaian kepada krisis ini ialah memisahkan wilayah utara dan selatan, namun ayahandanya menolak cadangan tersebut. Baginda Raja cuba untuk memulihkan keadaan tetapi keadaan akhirnya memaksa sebanyak 8,000 tentera Belanda di bawah Putera Frederik dihantar ke Brussel pada satu pertempuran berdarah pada 23-26 September.[11] Tentera-tentera berundur dari kubu Maastricht, Venlo dan Antwerp. Apabila komander Antwerp menghujani bandar Brussel mendakwa ia melanggar gencatan senjata, tentera wilatah Selatan berasa teramat marah. Apa-apa peluang untuk memadamkan pelanggaran itu telah hilang pada 26 September apabila Kongres Kebangsaan telah dipanggil untuk membuat Perlembagaan lalu tertubuhnya Kerajaan Sementara di bawah Charles Rogier. Pengisytiharan Kemerdekaan diikuti pada 4 Oktober 1830.

Pada 20 Disember 1830, Persidangan London yang dihadiri lima kuasa besar Eropah iaitu Britain, Perancis, Prusia, Austria dan Rusia mengakui kemerdekaan Belgium. Pada 7 Februari 1831, Perlembagaan Belgium telah diumumkan.